PERATURAN AM
- Pelajar perlu memakai dan mempamerkan kad matrik ketika masuk dan berada di dalam Perpustakaan.
- Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sopan semasa berada di dalam Perpustakaan.
- Pemakaian selipar tidak dibenarkan.
- Pelajar tidak dibenarkan mengubah susun atur perabot di Perpustakaan.
- Pihak Perpustakaan tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan harta persendirian semasa berada di dalam Perpustakaan.
- Peralatan elektronik seperti telefon bimbit,walkman,discman, boleh dibawa masuk dengan syarat penggunaan tidak menggangu tumpuan pelajar lain.
- Segala urusan di kaunter perkhidmatan Perpustakaan akan tamat 15 minit sebelum Perpustakaan ditutup.
- Pihak Pengurusan Perpustakaan boleh meminda peraturan dari masa ke semasa sekiranya ada keperluan
|
|