Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Kolej Matrikulasi Perlis
|
|
|
Informasi Program Matrikulasi |
|
Latar Belakang
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pada sesi 1999/2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai 2000/2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. |
|
|
Visi dan Misi Program Matrikulasi |
|
Visi
Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang 2015.
Misi
Membangunkan potensi pelajar Bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.
Objektif
- Membangunkan mudal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
- Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan profesional; dan
- Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing. |
|
|