baner1
 
 
 
 
       azizi2                            
 
           Salam Perkenalan dari Perpustakaan Najjatul Ilham                                                                

 

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera…

Selamat datang ke Laman Web Perpustakaan Najjatul Ilham Kolej Matrikulasi Perlis. Laman Web ini disediakan bagi memberi gambaran tentang kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan, waktu perkhidmatan, dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan Perpustakaan. Alhamdulillah, perpustakaan dapat menyediakan perkhidmatan dan aksesan maklumat  kepada pelajar, pensyarah, staf, alumni dan pengguna perpustakaan.

Kini, keperluan maklumat pada masa yang dikehendaki adalah sangat penting. Pengguna memerlukan maklumat dalam masa yang diperlukan, terkini dan sahih untuk membuat keputusan. Walaupun terdapat ledakan maklumat melalui internet, tetapi terdapat halangan bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Laman Web perpustakaan dapat memberikan banyak faedah kepada pengguna dalam pencarian maklumat.

Saya berharap agar semua pengguna dapat menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan sebaik mungkin. Terima Kasih.

 

 

Azizi Janan

Pustakawan

Perpustakaan Najjatul Ilham

Kolej Matrikulasi Perlis

 

 

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today69
Yesterday754
This week3175
This month17224
Total886519

Scroll to top