• PSPM2023

Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Image00014

Majlis sekalung Budi Sejambak Kasih merupakan majlis istimewa khas buat Tn. Hj. Mohamad Jamil b. Md Noh, Pengarah KMP yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan Pensyarah Staf KMP. Majlis ini telah diadakan di Hotel Putra Regency, Kangar Perlis pada 21 September 2016. Dalam majlis ini, Pengarah telah menyampaikan ucapan  dan amanat khas buat warga pendidik di KMP. Majlis ini juga turut menampilkan persembahan istemewa bakat warga KMP yang mendendangkan lagu khas buat Pengarah. Penyampaian cenderahati kenangan unit-unit akademik dan bukan akademik untuk Pengarah telah disampaikan oleh Ketua-ketua unit masing-masing.

Baca selanjutnya: Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih

Majlis “Send Off” Pengarah KMP

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Image00015

Majlis “Send Off” telah diadakan pada 22 September 2016 bertempat di Dewan Sri Kayangan. Pada majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Baiduriah Binti Yaakub, Timbalan Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir bersama adalah beberapa orang Pengarah Kolej Matrikulasi antaranya KMK, KMPP dan  KMM. Majlis ini merupakan hari terakhir Tn. Hj. Mohamad Jamil  b. Md Noh sebagai penjawat awam. Majlis ini berakhir dengan slot khas mengetik kad perakam waktu tepat jam 5.00 petang dan perarakan kereta berhias dengan lambaian penuh kasih sayang khas buat yang diraikan Tn. Hj. Mohamad Jamil b. Md Noh, Selamat Bersara Tuan Pengarah.

Baca selanjutnya: Majlis “Send Off” Pengarah KMP

Program Secret 2 Success, Kem Ibadah & Marathon / Reset , Go And Excel

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Program Secret 2 Success, Kem Ibadah & Marathon / Reset , Go And Excel Semester I Sesi 2016/2017 akan diadakan pada 21, 22 & 23 Oktober 2016. Program ini melibatkan semua pelajar KMP.

"PECUTAN AKHIR KE ARAH MEMACU KECEMERLANGAN PSPM"

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today369
Yesterday803
This week369
This month11212
Total905397

Scroll to top