• PSPM2023

Pilihanraya Kolej 2016/2017

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

pilihanraya1-webPilihanraya kolej telah berlangsung pada 22 Julai 2016 untuk memilih calon-calon bagi menganggotai barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Matrikulasi Perlis untuk sesi 2016/2017. Seramai 82 orang pelajar telah terpilih untuk bertugas sebagai Pembantu Suruhanjaya Pilihanraya Kolej (SPRK). Sebanyak 15 kerusi telah dipertandingkan untuk mewakili jurusan Perakaunan dan 5 kerusi untuk jurusan Sains. Seramai 40 orang pelajar telah mendaftarkan diri sebagai calon iaitu seramai 23 orang pelajar daripada jurusan Perakaunan dan 17 orang pelajar daripada jurusan Sains. Kempen Pilihanraya Kolej bermula pada 12 hingga 22 Julai 2016 dan sesi pidato umum calon-calon telah diadakan pada 19 dan 20 Julai 2016 bertempat di Dewan Sri Kayangan dan Dewan Kuliah 1. Tahniah kepada semua calon yang telah memenangi Pilihanraya Kolej bagi sesi 2016/2017.

 

Baca selanjutnya: Pilihanraya Kolej 2016/2017

Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat KMP 1437H

Ditulis oleh JK Laman Web KMP
IMG 5436-webMajlis Sambutan Aidil Fitri 1437H telah dianjurkan pada 15 Julai 2016 bertempat di dewan Sri Kayangan, Kolej Matrikulasi Perlis. Ia merupakan salah satu program kolej yang diadakan setiap tahun di peringkat KMP.  Objektif program adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan di kalangan warga KMP yang berbilang bangsa dan agama. Terdapat juga pertandingan hiasan meja mengikut kumpulan praktikum. Pelbagai juadah disediakan oleh kumpulan pensyarah, staf dan juga pelajar.
Baca selanjutnya: Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat KMP 1437H

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 2016/2017

Ditulis oleh JK Laman Web KMP

Image00007-webMajlis Penyerahan Watikah JPP Sesi 2016/2017 Kolej Matrikulasi Perlis telah disempurnakan oleh Tuan Timbalan Pengarah KMP, Encik Mohd Idris Bin Omar. Majlis tersebut telah diadakan pada 3 Ogos 2016 (Rabu) bertempat di Dewan Sri Kayangan, KMP. Seramai 20 orang exco JPP telah terpilih melalui Pilihanraya Kolej yang telah diadakan pada 22 Julai 2016 yang lalu. Dalam majlis itu juga telah diserahkan surat pelantikan jawatankuasa pelajar yang telah dipilih oleh pihak pengurusan kolej seperti Jawatankuasa Kolej Kediaman, JAKTI, PRD, SRN, Sekretariat Kokurikulum, Ketua-ketua Tutoran dan Kelab Kebudayaan dan Kesenian KMP. Kemuncak majlis memperlihatkan barisan exco JPP KMP 2016/2017 melafazkan ikrar menerima tugas yang diketuai oleh Saudara Muhammad Isma Nazhan Bin Nadzeri sebagai Yang DiPertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis bagi sesi 2016/2017.

Baca selanjutnya: Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) 2016/2017

Pusat Informasi Pelajar

Alumni KMP

Takwim

Takwim 2024 KMP

 
 
 
 
 
 
 
 

Jawatankuasa

Dasar Keselamatan ICT

Pelawat

Today365
Yesterday803
This week365
This month11208
Total905393

Scroll to top