Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Pengiraan Pointer Matrikulasi KPM tahun 2024 termasuk cara pengiraan, gred kertas dan wajaran dahulu:
Keputusan akhir semua kursus pengkhususan dinyatakan dalam bentuk gred seperti dalam jadual ini. Gred C merupakan gred lulus minimum manakala gred C– sehingga F adalah gagal.
JADUAL 1
GRED MATA NILAIAN TARAF
A 4.00
A– 3.67 Cemerlang
B+ 3.33
B 3.00
B– 2.67 Kepujian
C+ 2.33
C 2.00 Lulus
C– 1.67
D+ 1.33 Gagal
D 1.00
F 0.00
JADUAL 2
Gred keputusan kursus wajib (English, Pendidikan Islam/ Moral, Pengajian Am/ Matrikulasi dan Kokurikulum) dinyatakan seperti dalam jadual ini.
GRED TARAF
A Cemerlang
B Kepujian
C Baik
D Memuaskan
F Gagal
Berikut dikongsikan senarai gred kertas, gred PNGS dan PNGK mengikut garis panduan:
PNGS dan PNGK dikira berdasarkan gred yang diperoleh daripada semua kursus pengkhususan. Gred yang diperoleh
diberikan mata nilaian seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan PNGS dan PNGK dikira mengikut kaedah berikut:
Mata = Kredit kursus x mata nilaian
PNGS = Jumlah mata/ Jumlah kredit bagi semester berkenaan
PNGK = Jumlah mata keseluruhan/ Jumlah kredit keseluruhan
Tertakluk kepada perubahan semasa.
Rujukan : https://www.semakanupu.com/