Latar Belakang

 

Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) antara kolej matrikulasi tertua di Malaysia, yang terletak di Arau, Perlis. Majlis pecah tanah bagi pembinaan kolej ini telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu, pada 12 Ogos 1997.

Kewujudan KMP adalah hasil usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyeragamkan semua program matrikulasi yang sebelumnya dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Pembinaan KMP bermula pada Januari 1998 di atas tanah seluas 75 ekar dan siap sepenuhnya pada Mac 2000. KMP mula beroperasi pada 3 Julai 2000.

Sebagai sebuah kampus moden, KMP dilengkapi dengan kemudahan terkini yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. KMP menawarkan kursus-kursus dalam bidang sains dan sastera ikhtisas, serta kursus-kursus elektif, dengan tujuan melahirkan pelajar yang cemerlang.