-
Kewujudan Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menyeragamkan semua program matrikulasi yang sebelum ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
-
KMP mula dibina di atas tanah seluas 75 ekar pada bulan Januari 1998 di Arau, Perlis.
-
KMP siap dibina pada Mac 2000 dan telah beroperasi mulai 3 Julai 2000.
-
KMP merupakan sebuah kampus yang moden dan mempunyai kelengkapan terkini selaras dengan hasrat dan cita-cita murni Falsafah Pendidikan Negara.
-
KMP menawarkan kursus-kursus dalam bidang sains dan sastera ikhtisas di samping kursus-kursus elektif ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang.
|